Aktiviti gunung berapi Gunung berapi

Rekahan gunung berapi dan saluran lava.Gunung berapi St. Helens pada Mei 1980, sejurus selepas letupan gunung berapi St. Helens 18 Mei 1980


Gunung berapi Mahameru berasap di Pulau Jawa di Indonesia.

Gunung berapi adalah suatu proses geologi yang melibatkan pembentukan daratan yang dijana daripada letusan menerusi permukaan planet dipanggil magma, batuan cair yang meleleh keluar dari bahagian dalam (interior) planet. Bentuk-bentuk gunung berapi yang lain termasuklah gunung berapi ais (seperti yang wujud pada bulan-bulan Musytari, Zuhal dan Neptun) dan bentuk gunung berapi lumpur. Di bumi,gunung berapi cenderung untuk wujud di permukaan plat-plat kerak bumi. Pengecualian penting yang wujud dalam tompok-tompok panas gunung berapi, yang wujud pada lokasi-lokasi yang jauh daripada sempadan-sempadan plat; tompok-tompok panas gunung berapi ini juga dijumpai dalam sistem solar, terutamanya pada planet-planet dan bulan-bulan yang berbatu-batu.

Gunung berapi yang dipanggil sebagai volcano dalam bahasa Inggeris dikatakan berasal daripada Vulcano, satu pulau gunung berapi di kepulauan Aeolian, Itali yang mana namanya berasal daripada Vulcan, nama dewa api dalam mitos Roman. Ilmu mempelajari gunung berapi dipanggil bidang volkanologi.

Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi paling dikenali ialah gunung berapi yang berada di sepanjang Lingkaran Api Pasifik. Lingkaran Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plat tektonik.